Beta-tester diperlukan


1. Ambil fail malay_language_pack_1.0.0-fx.xpi di sini:-



2. Buka fail berkenaan menggunakan Firefox. Klik menu File -> Open File -> cari_fail.xpi.


Penafian:-
Kami tidak bertanggungjawab di atas kejadian yg tidak diingini sebelum, semasa dan selepas menggunakan perisian ini.

Labels:

Post a Comment

Hasbullah Pit said... 26 September 2007 at 02:29

Hehehe
Tang mana ko adjust lagi?

malam kang aku kaji.

Hasbullah Pit said... 26 September 2007 at 04:43

jumpa pepijat

semasa mengingati katalaluan

"Adakah ansa ingin mengingati kata laluan

Nicholas Ng said... 26 September 2007 at 18:19

Found some inconsistency in words. Contohnya perkataan "Tanda Buku" seperti "Urus Tanda Buku" & "Tandabuku Semua Tab".

Sakuragi Hamachi said... 26 September 2007 at 21:43

Pada Alat > Opsyen > Suapan

Tunjukkan saya pralihat dan tanya saya Pembaa Suapan mana untuk digunakan

Irwan said... 26 September 2007 at 23:13

Telah dicuba!. Saya akan meneliti plugin ini dengan lebih teliti lagi.

junaidix said... 27 September 2007 at 00:47

hm.. great (salah eja lak) inisiatif :)

Hasbullah Pit said... 27 September 2007 at 01:28

Pepijat yang paling aku menyampah bila tengok Lihat(V) dan Bantuan(H).

Irwan said... 27 September 2007 at 01:49

"Pepijat yang paling aku menyampah bila tengok Lihat(V) dan Bantuan(H)."
---Bugs rupanya, aku ingatkan benda tu features, hehe.

RAZi said... 27 September 2007 at 03:59

terima kasih untuk komen berkenaan. aku akan cuba update seminggu sekali.

bende yg ko menyampah tu terjadi sebab aku kekalkan accesskey yang asal. ko rasa perlukah aku fix benda ni sekarang atau diskas kemudian?

yang lain2 tu takda masalah.

yang mana salah eja tu, bagi je perkataan tu pun dah ok.

Hasbullah Pit said... 27 September 2007 at 04:32

@NSX

aku ingat aku nak send patch kecik2 pada ko..

RAZi said... 27 September 2007 at 05:17

boleh je, tapi camna rupa bentuk patch yang nak dihantar tu?

sama ada output daripada command ni

diff -Nura dirlama dirbaru > patch

ataupun

hantar fail berjenis ini -> *.dtd & *.properties

dan kau nak guna source dari fail ms-MY.jar dlm xpi atau fail yg aku hantar kat bugzilla?

option 1 mcm senang nak apply tapi aku masih pakai windows :D

Hasbullah Pit said... 27 September 2007 at 05:32

err pun tengah kaji macam mana kita semua ni nak bekerja.

camna la, assume NSX = Linus,
NSX release ms-MY.jar dalam tempoh tertentu.

semua patch, ialah againts latest punya NSX release.

kalau .dtd atau .properties tu panjang, jenuh gak ko nak tengok dimana perubahannya.

RAZi said... 27 September 2007 at 08:19

ape nama linus masuk dlm ni pulak.

hmm. aku cadangkan buat cara l18n-fedora http://i18n.redhat.com/cgi-bin/i18n-status yang lebih kurang begini:-

1. ambil
2. edit fail ms.po
3. commit

oleh kerana kita tak ada sistem macam tu, kita guna cara ni:-
1. ambil - email/umumkan di sini, apa fail yang diambil, sama ada satu atau dua fail atau satu folder terus.
2. edit - proses membuang pepijat yang ada.
3. commit - emailkan fail bebas pijat tu kat aku.
4. aku akan verify. aku buat diff, bila nampak ok aku patch.

kalau bagi fail seketul2 pon tak de la susah sangat. tapi perlu beritahu la nama fail serta 'path'nya.

lagipun aku pakai MT, boleh import/export fail satu satu.

aku suggest kau pakai MT jugak la. senang nak search & replace dan format pon tak lari.

penggunaan *.po tak dicadangkan, nanti banyak benda berterabur. itu daripada apa yg aku baca dalam forum lain la. converternya mmg ada, moz2pot po2moz.

sebol, camne ngan MT. dah boleh pakai atau nak aku simplekan lagi MT-userguide.pdf tu

next agenda,
- pemilihan perkataan paling sesuai utk setiap istilah supaya lebih konsisten. tq nbliang.
- tempat projek ni beranak pinak, apa yang diperlukan dan bagaimana nak melaksanakannya.

* sebol, kalau komen ni sesuai dijadikan post baru sila la edit

*batuukur: FF3, tinggal lagi 400 rentetan

Hasbullah Pit said... 27 September 2007 at 09:04

aku pun tak berapa suka tukar ke po, pasal dia memang berbeza strukturnya.

Aku pula suka guna tangan.

Eh aku rasa, buat posting baru je untuk isu lain, biarkan posting ni jadi tempat orang utarakan pepijat kesalahan bahasa, memandangkan bugzilla begitu tak sesuai untuk orang biasa.

dolphin said... 27 September 2007 at 20:41

hebat2
tahniah
teruskan usaha murni

drizad said... 28 September 2007 at 00:28

Saya telah buat satu review mengenai extension ini di blog saya. Saya rasa saya terjumpa satu lagi pepijat yang boleh diperbaiki.

Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Sdra. Razi yang berhempas pulas menghasilkan extension ini.

drizad said... 28 September 2007 at 00:29
This comment has been removed by the author.
B Hunter said... 12 October 2007 at 03:18

Pepijat .. (Uruskan senarai enjin carian) Pulihkan Lalat(?) Amaran: Lalat bawak banyak penyakit .. huhu

mAdam said... 23 October 2007 at 03:57

Menurut Mozilla, 'Extensions' adalah istilah lama bagi 'Add-ons'. Jadi istilah yang patut diterjemah ialah 'Add-ons'. Bagi saya 'Penambahan' patut ditukar ke 'Sambungan'.

Peringatan bagi sume penterjemah2:
English adalah bahasa yang mempunyai pelbagai perkataan yg terdapat banyak maksud yang sama/hampir sama. Sebahagaian besar perkataan dlm english tiada dalam bahasa melayu. Jadi BM perlu adaptasi BI atau ubahsuai perkataan melayu yg sedia ada. Bg saya perubahan perlu dilakukan secara lembut dan perlahan bukan mendadak. Komputer adalah teknologi yg mempunyai pelbagai istilah english yg blm pernah wujud dalam kamus english sendiri. Kebanyakan rakyat Malaysia sendiri mengguna komputer yang berbahasa english.
Saya sokong SEMUA aplikasi di internet patut diusahakan penterjemahaan bahasa melayu. Martabatkan Bahasa Kita. Patut ditubuhkan satu organisasi(kerajaan?) yg berusaha teguh untuk tujuan murni ini.(Kalau ade panggil saya:p)

Satu lagi: saya rasa istilah 'Salin' patut ditukar ke 'Tiru'.

Secebis idea,
6078W3d

Balas-Ke:
mus1402 [at] gmail [dot] com

Tips -> http://wapurl.co.uk/?QRBZADO

Anonymous said... 2 February 2008 at 22:45

Hai firefox-ms

Saya Romi, saya juga sedang membuat firefox language pack untuk Bahasa Indonesia. Senang rasanya bertemu dengan kawan serumpun bahasa.

Saya juga akhirnya memutuskan memakai Bahasa Inggris untuk Bookmark, karena Tandabuku menurut saya kurang pas "tandahalaman" terlalu panjang hahahaha.. Lagi, karena orang sudah kenal istilah Bookmark. Biar tidak bingung. maksudnya.

Apa sudah disertakan ke bugzilla? Saya baru mulai sejak desember '07 kemarin. tapi sampai sekarang belum di-review juga oleh Pak Axel (tim l10n mozilla). Penginnya sudah resmi pas Firefox 3, jadi bisa masuk ke proyek blankonlinux.

Selamat ya!
O ya, situs kita di http://moz-langpack-id.googlecode.com

Eksplorasi said... 23 March 2008 at 04:04

Saya mencadangkan perkataan enable digantikan daripada bolehkan kepada didayakan.

Manakala perkataan disable digantikan daripada lumpuh kepada dinyahdayakan.

Saya rasa ia lebih sesuai dan mesra pengguna.

Nor Arlene Tan said... 30 October 2010 at 04:59

I think it's too much lah....
Using English would be just fine.
Malay is a literature language, not a technical one, it would just confused the masses and create fundamental problems among users.
A direct usage of the English words in IT ( with perhaps minor adjustment for the spelling, to make it 'Malay') would be much adaptable to our current society. Besides, isn't the Malay language itself is so fluid that most of its vocab are directly borrowed from all the different civilizations that interacted with the Malay world.

[blogger]

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.