Friday, 28 September 2007

Reviu kepada Reviu Dr Izad

DrIzad telah terbitkan reviu mengenai pek bahasa beta yang diterbitkan beberapa hari yang lalu.

Oleh itu, Kita bincangkan reviu itu disini


Is it “Cari Lagi” or “Cari Semula”?
Bagi saya Cari Lagi lebih sesuai kerana, Cari semula bermaksud Carian dimulakan dari awal, Tetapi 'Cari Lagi' merujuk kepada carian perkataan yang sama pada laman tertentu setelah perkataan itu dijumpai. PIntasan kekuncinya adalah CTRL+G, maka ia samalah CTRL+G pada tutorial saya yang dulu.


It is difficult to find a replacement word for “Off” other than “Mati” in Malay. “Mati” is a direct translation of “Die” in English.

Dalam konteks itu rasanya 'dimatikan' lebih sesuai.

Is it “Tab Terbaru Ditutup” or “Tab Ditutup Terbaru”?
Cadangan saya "Tab kebelakangan ditutup"


I think there should be a space between “Tanda” and “buku” in “Tandabuku semua tab”.

Ini sebenarnya isu politik. Orang DBP ada keluarkan undang-undang, sekiranya berkataan itu boleh berdiri sendiri maka ia patutnya diasingkan. Saya amat membantah undang-undang itu, kerana bila diasingkan ia sukar untuk dijadikan katakerja.

Bahasa lain, banyak yang membenarkan beberapa perkataan digabungkan jadi 1 perkataan, jadi kenapa kita tak boleh.
"Tandabuku" atau "Tanda Buku" kedua-dua boleh jadi noun, tapi bila nak dijadikan verb. Ia amat sukar dan menbantutkan perkembangan istilah.

Cuba lihat contoh, bookmark this page.
Kalau ikut undang undang, "Tandakan buku laman ini".
Tapi kalau ikut versi subversif, "Tandabukukan laman ini"

"Bookmark" itu sendiri sudah menjadi perkataan gabungan pada bahasa inggeris, yang asalnya ialah 'Book mark'. Tetapi oleh kerana bookmark telah digunakan secara meluas dan berkembang, menjadi social bookmarking, bookmarklet dan lain-lain. Maka Pengasingan 'Tanda' dan 'buku' adalah tak releven.

Mengapa Bookmark tidak boleh jadi 'Penanda buku'?
Alasan saya ialah kerana ia tak boleh dijadikan katakerja.
Kalau bookmark jadi 'Penanda buku', 'Social Bookmarking' jadi apa?
Penandaan buku sosial? Kita bukan cerita fasal buku, ita cerita pasal 'bookmark'


Is it suitable for “Opsyen” to be change with “Pilihan”. Damn… I wonder where my Flashgot button go???

Bagi saya ia patut dikekalkan sebagai Opsyen.

Alasan:
Dalam konteks tertentu, mungkin perkataan 'Pilihan' sesuai, tapi bila terus menterjemah, akan jumpa dimana Option digunakan dengan 'Choose' atau 'Choice', maka ketika itu baru tau kenapa kita tak boleh guna Pilihan untuk Option.

I think “Memeriksa” should be change to “Periksa”. And I wonder what happen to “Laporkan Laman Web Rosak” and “Laporkan Laman Web Palsu” in my English version.
Saya setuju, 'Memeriksa' ditukar jadi 'Periksa'.
Laporan-laporan itu, saya tak pasti.



When downloading files, I would suggest that “buka” in “Anda telah memilih untuk buka” is changed to “membuka”
Setuju.


Nice… I like your sentence “Perisian berniat jahat boleh merosakkan komputer anda atau mencabuli privasi anda”.
Perisian Durjana?
hehehe

It seems that I cannot resize the window. As you can see, some of the buttons are not showing its full image. Is it a bug (pepijat), Razi?

kalau kekunci akses ditukar, mungkin ia akan mengambil ruang yang lebih kecil.

Thursday, 27 September 2007

Misteri Cecikut

Adakah makhluk bernama CECIKUT akan muncul semula setelah sekian lama menyepi

Kekunci Akses bagi perisian BM

bende yg ko menyampah tu terjadi sebab aku kekalkan accesskey yang asal. ko rasa perlukah aku fix benda ni sekarang atau diskas kemudian?


Saya pernah terbaca artikel entah dimana dalam beberapa tahun lepas, kekunci akses untuk sesuatu bahasa mestilah tidak kekal pada bahasa Inggeris.

Akan tetapi, ianya dikecualikan untuk beberapa bahasa.

Saya tak ingat di mana URL menceritakan kaitan kekunci Akses dengans esuatu bahasa namun ada beberapa panduan untuk menetapkan kekunci Akses.


Perkara 1

Kebiasaannya (tak wajib), Kekunci Akses bagi menu utama, di bar menu adalah huruf pertama bagi sesuatu perkataan



Perkara2
Jangan ambil kekunci akses bagi kekunci akses yang popular

Fail Edit Lihat ..... Tetingkap Bantuan

Perkataan begitu muncul banyak kali dalam banyak aplikasi yang menggunakan UI bahasa Melayu, jadi "Fail Edit Lihat ..... Tetingkap Bantuan" jangan di usik.

Jika terdapat konflik dimana Tandabuku dengan Tetingkap, Tandabuku mestilah mengalah untuk menggunakan T sebagai kekunci Akses. Kerana 'Tandabuku' hanya ada di pelungsur web, mana kala _Tetingkap ada pada editor dan lain-lain aplikasi.

Perkara 3
Guna kekunci akses yang berlawanan bagi perkara yang berlawanan.
Sekiranya berlaku kejadian Kiri dan Kanan berada dalam satu menu, maka walaupun K adalah huruf pertama, tetapi kiri dan kanan kedua-duanya mempunyai k pada pangkalnya, Jadi kekunci akses yang sesuai ialah Ka_nan dan Ki_ri

Jadi, Sila Bincang Kecunci Akses yang sesuai bagi sesuatu menu, di sini.

Err boleh tak rujuk kekunci akses pada terjemahan BM pada Mozilla 1.0.1 atau Epiphany

Tuesday, 25 September 2007

Beta-tester diperlukan


1. Ambil fail malay_language_pack_1.0.0-fx.xpi di sini:-



2. Buka fail berkenaan menggunakan Firefox. Klik menu File -> Open File -> cari_fail.xpi.


Penafian:-
Kami tidak bertanggungjawab di atas kejadian yg tidak diingini sebelum, semasa dan selepas menggunakan perisian ini.

Monday, 24 September 2007

Pemasangan secara manual

1. Dapatkan fail ms-MY.jar dan ms-MY.manifest di sini.


2. Letakkan fail
ms-MY.jar dan ms-MY.manifest di
/laluan/ke/Mozilla Firefox/chrome

3. Edit fail
firefox-l10n.js dan ganti perkataan en-US kepada ms-MY
contoh :-

pref("general.useragent.locale", "
ms-MY");

lokasi fail:-
/laluan/ke/Mozilla Firefox/defaults/pref/firefox-l10n.js


Bagi pengguna PortableApps, berikut adalah lokasi yang berkenaan

[pemacu]:\PAC3\PortableApps\FirefoxPortable\App\firefox\chrome
[pemacu]:\PAC3\PortableApps\FirefoxPortable\App\firefox\defaults\pref\firefox-l10n.js

Sunday, 23 September 2007

Perkara nak kena buat

Misi terdekat

Perbaiki ms-MY.jar RaZi punya & Pekkan jadi .xpi
kalau boleh jadikan hadiah raya untuk org tempatan.
jadi 'langpack' atau 'Addon' tak rasmi buat sementara waktu pun jadi lah
nak cari mt504.jar, kerana tapak web asal down. (cari di newsgroup)
Cuba alatan baru, yang boleh tukarkan .jar ke po & po ke jar.

Perkara perlu dilakukan
Daftarkan firefox-ms.blogspot.com sebagai Pasukan pada mozilla.org
Dapatkan akaun CVS.


Misi Tak berapa jauh
Localized build untuk Firefox 2.x

Misi Jauh
Bila Firefox 3.0 keluar, mesti ada localized build untuk Mac, Windows & Linux.

Saturday, 22 September 2007

Hello Dunia

Hello Dunia