Thursday, 27 September 2007

Kekunci Akses bagi perisian BM

bende yg ko menyampah tu terjadi sebab aku kekalkan accesskey yang asal. ko rasa perlukah aku fix benda ni sekarang atau diskas kemudian?


Saya pernah terbaca artikel entah dimana dalam beberapa tahun lepas, kekunci akses untuk sesuatu bahasa mestilah tidak kekal pada bahasa Inggeris.

Akan tetapi, ianya dikecualikan untuk beberapa bahasa.

Saya tak ingat di mana URL menceritakan kaitan kekunci Akses dengans esuatu bahasa namun ada beberapa panduan untuk menetapkan kekunci Akses.


Perkara 1

Kebiasaannya (tak wajib), Kekunci Akses bagi menu utama, di bar menu adalah huruf pertama bagi sesuatu perkataan



Perkara2
Jangan ambil kekunci akses bagi kekunci akses yang popular

Fail Edit Lihat ..... Tetingkap Bantuan

Perkataan begitu muncul banyak kali dalam banyak aplikasi yang menggunakan UI bahasa Melayu, jadi "Fail Edit Lihat ..... Tetingkap Bantuan" jangan di usik.

Jika terdapat konflik dimana Tandabuku dengan Tetingkap, Tandabuku mestilah mengalah untuk menggunakan T sebagai kekunci Akses. Kerana 'Tandabuku' hanya ada di pelungsur web, mana kala _Tetingkap ada pada editor dan lain-lain aplikasi.

Perkara 3
Guna kekunci akses yang berlawanan bagi perkara yang berlawanan.
Sekiranya berlaku kejadian Kiri dan Kanan berada dalam satu menu, maka walaupun K adalah huruf pertama, tetapi kiri dan kanan kedua-duanya mempunyai k pada pangkalnya, Jadi kekunci akses yang sesuai ialah Ka_nan dan Ki_ri

Jadi, Sila Bincang Kecunci Akses yang sesuai bagi sesuatu menu, di sini.

Err boleh tak rujuk kekunci akses pada terjemahan BM pada Mozilla 1.0.1 atau Epiphany

2 comments:

RAZi said...

boleh, mozilla lebih dulu hidup dari ff.
apa la nasib menu del.icio.us lepas ni.

sebol said...

Tadi aku tets kat stesyen, Menu Yahooo tetap ada walaupun guna langpack BM